Thursday, 15 October 2015

Knowing you're there




                                         

Le Credit 
                                   
Bismillahirramanirrahim .


Fitrah .

Bila bercakap pasal fitrah, rasanya takde sesiapa pun boleh menentang fitrah yang Allah dah tetapkan kepada manusia . Begitu juga dengan seorang Shafika kan ? 

Kalau dulu i might thought that having 'love feeling' is such a freak thing that would never happened to me . Macam poyo kan ? Tapi thats the real me ! Susah sangat nak ubah  mentaliti aku pasal lovey dovey ni. Sebab aku memang takercaya pasal love thing ni. Dan sebab tu jugaklah aku anggap rasa yang dah lama wujud dalam diri aku tu hanya mainan syaitooonni rrajim je  --'. 


Tapi.. rasa tu tetap masih wujud . 


7 Tahun berlalu . Tapi rasa 'suka' tu masih segar . Dulu aku ingat tu pupy love sebab yelahh kan, aku start minat dia masa middle of standard 6. Macam gatal kan aku bunyinya ? Tapi sumpah aku tak gatal  :)


                Love happens all the time to people who unkind

Dan aku, shafika hanya pernah minat a.k.a suka seorang manusia sahaja. Thus, shafika is a kind girl and tak gatal . Right ?

                                       Siapa dia ? Kenapa dia ? Sebab apa ?

Aku pun taktahu . I swear you to God . Itulah benda pelik that I found in a little thing called love.
Suka bukan atas dasar rupa, bukan atas dasar education dia . Tapi, yang aku suka Dia .

7 years passed by, and I'm still the same shafika that longing for the same person .
Jangan tanya dia tahu tak aku suka dia . Semestinya tidak . Kewujudan aku pun dia belum tentu dia tahu.

                                        Macam mana aku kenal dia ?

Satu . Aku percaya itu takdir . Where.. takdir yang mungkin milik aku, dan mungkin bukan milik aku.

Kenapa aku tak cakap ? Satu je prinsip aku dari dulu sampai sekarang, aku takkan bagitahu bila aku suka seseorang tu . Cukup la antara aku dan Allah . Bila Allah tahu apa yang hamba-Nya rasa itu sudah berbaloi, tugas kita hanya doa . Bila dah ditakdirkan dan dah ditetapkan dia milk kita di Loh Mahfuz, then, dia tetap akan jadi milik kita by hook or by crook . That's my principal :)


    Sometimes, love doesnt meant you have to own. You just need to feel it. 


Kedua, kenapa aku tak bagitahu orang lain ? Kadang-kadang, taksemua benda kita boleh kongsi apa yang kita rasa dengan other people. Sebab ? Sebabnya senang, apa yang kita rasa baik untuk kita, tak semestinya baik pada pandangan orang lain . Love is way better to keep it silent . Itu yang buat aku rasa cinta tu pure .

Kadang, yang buat aku rasa insecure and takut adalah kerana rasa suka aku pada dia . Kita sendiri tahu yang dia takkenal kita . Tapi kita still suka dia and i know, it might sounds stupid to some people. But nope to me . Apa yang aku takutkan ialah how to cope with myself the moment i know that he's not mine and will never be mine ?

Macam pelik kan aku tiba-tiba share pasal benda alah ni . Sebenarnya rasa rindu yang buat aku taktahu how to tell how to express and how to share . Nanti kalau cerita dekat orang lain lebih-lebih karang , ada yang kata kita ni " hish.. desprate nya.." and " ehh..perlu ke ? " .

Ye , mungkin sesetengah orang takkan react macam tu kan . Sebahagan yang lain ? who knows .


Tapi, apa yang kita perlu ingat when it comes to love is .. stand still and believe yourself . Dont look too desprate . Ingat Allah is always there . He's there . Just Dua' and He will definitely listens to you :)




Wednesday, 30 September 2015

Ujian .




Bismillahirrahmaanirrahim . 


                       
le credit


               " Ujian tu bila kita mula rasa futur, lemah dan stress dengan apa yang kita sedang lalui "

                                          " Dan masa tu, kita ada dua pilihan, rebah atau terus berjalan "



Semakin meningkat usia kita, semakin banyak benda dan situasi yang kita lalui, yang kita akan lalui . Itu adalah satu kepastian . Tapi mampu ke kita nak face semua situasi tu dengan tenang , cool dan tak gelabah ?

Soalan yang sering menghantui aku bila rasa takut tu hadir .  

" Kalau satu hari nanti, aku ditimpa ujian yang maha hebat..ujian yang melibatkan perasaan dan pilihan hati , mampukah aku ? Mampu ke aku nak encounter semua tu ? "  


7 september 2015.

 3.45 petang . Lagi 15 minit kelas BI akan start, kelas pertama untuk minggu pertama tapi aku masih rancak berbual dengan Aina, a new friend from the same course. Getaran di tangan aku mengalihkan perhatian aku untuk melihat phone screen . A call from unknown number .

Number start with 03 . Aku tak pelik sebab tu biasanya number telefon rumah or pejabat . Tangan kanan aku terus swipe screen to the right . 


" Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Nur shafika binti Abdullah Suhaimi ? "

" Waalaikummussalam. Aaa..ye saya . Kenapa ye? "

" Okey cik shafika, nak tanya sekarang ni kat mana ? Belajar kat mana ye "

" Err...saya sekang di Usim , cik. "

"course apa ye "

" undang-undang , kenapa ye cik ? "

" Oohh..macam ni, saya dari Fakulti Undang-Undang UKM, kalau kami nak offer couse yang sama  untuk awak kat sini, awak nak tak ?"

" hah? ukm ? Law ? erm.. kalau saya mintak masa dulu boleh sbb ada class ni :( "

" okey . Baiklah.. tapi before pukul 5 eh . okey . "

" okey cik . terima kasih . Assalamualaikum. "

Talian di matikan .

Ya Allah.. masa tu rasa nak buat sujud syukur ya allah.. Alhamdulillah . Memang aku nak sangat Law ukm. Sebelum ni aku ada cerita kan . 

Rasa gelabah happy eksaited bercampur baur . 

'Nak call sape dulu ni ' - me asking myself 

Keypad ditekan. Elia . Sister aku yang ex-ukm. After cerita hal offer tadi, of course kakak aku happy, sebab senang sikit dia nak visit aku di ukm . Memang sebelum ni dia nak sangat aku masuk Ukm . 


" so how ? Yay or Nayy ? aku memang nak ukm . " - me

" terima je kakak *panggilan aku di rumah* offer tu , youre lucky you know . tapi jangan over eksaited dulu . try call ma dulu . "

" aaa..tulah . betul jugak . okey la . nanti aku call ma "


Ada lagi 2 minit untuk kelas BI dan aku tengah dilemma . Dilemma tapi still rushing naik second floor to tutorial class. 

Tepat pukul 5 . Terasa vibration dalam beg . Bila aku tengok, number ukm tadi . Rasa fokus hilang . Kelas habis lambat 10 minit . Bila class over, aku terus keluar and call my mom. 

Aku cerita secara ringkas, apa yang patut sahaja . Takde masa before Ukm call me again .

" Tapi kak, kan dah bayar yuran, tak sayang ke duit burnt macam tu je. Stay Usim je la. Senang. Lagipun yuran Ukm for sure lagi mahal, mana nak top up duit yuran tu . "

" Err... sayang nya ma, ukm tu. Orang memang minat ukm. Law pulak tu.  Pastu nak cakap taknak la ni ? "

" Dahtu ? Belajar je la sini . Payah nak tukar tukar. "

" hurmm.. okey la . Takpela kalau macam tu . Orang nak balik kolej ni . Assalamualaikum. "


Sumpah sebak . Rasa panas mata aku . Jalan aku percepatkan . Aku pilih jalan kaki nak balik kolej , walaupun jauh tapi aku rasa better. Rasa malas nak berebut naik bus dalam keadaan tak 'stabil' macam ni . Sampai bilik aku terus rebahkan badan atas ketil . Bantal atas muka . Habit aku bila aku rasa sedih stress and takde mood .


Bila aku bukak mata aku, satu word je bermain dalam otak ni . Ujian. Adakah ni ujian allah untuk uji aku , uji kesabaran aku . Uji kekuatan aku . 

Mungkin orang lain akan cakap,, " alaah..bukkan masalah besar pun, nak pergi ..pergi jelah "

Dengar macam mudah kan . Huh. Tak semudah tu. Aku bukannya datang dari keluarga yang senang . Biasa biasa je . Arwah Abah dah nak masuk 6 tahun takde . Kalau dia ada lagi, semua ni tak sesusah macam ni . Mungkin akan jadi lebih mudah . Mungkin. 

Sebab tu aku kata ni Ujian . Allah uji aku dengan benda yang memang aku obsess kan. Ukm. Pilihan pertama aku . Ipta yang memang aku nak sangat dari dulu. 

But sometimes, things arent going to be like we want it to be . Dengan sabar dan doa je yang mampu buat aku terus kuat dan bertahan kat usim .


" Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi daripada kemampuan hambanya "

Betul tu . Dan itu yang selalu aku ingat, selalu aku katakan pada diri aku bila aku rasa down . Bila aku dah tak mampu nak luahkan pada orang lain . 

Moral nya, aku kena selalu bersyukur . Bersyukur sebab aku dapat apa yang aku nak, walaupun aku tak dapat nak teruskan . What highlighted there is, aku dapat benda tu ! . 








Friday, 4 September 2015

Dunia Baru .



Assalamualaikum :)


     It has been a very long time i dont update since my last post rite ? well... today, i got my free time to manja-manja-ing myself as its weeekend ..so im going to post something today ! :D


11 August 2015 . Ramai yang ternanti nanti dan ramai jugak rasa seram sejuk takut berdebar bila tarikh ni makin mendekat . And yes.. aku pun tak kurang takut nya. Rasa insecure dan tak yakin pada diri tu masih menebal dalam diri aku . Siapa je tak takut bila keputusan yang bakal mengubah hidup diorang sama ada ke arah kebaikan atau ke arah yang tidak baik akan keluar ?

Tapi.. segala-galanya kini sudah terjawab. Sudah sebulan 2 hari dah berlalu dan ramai yang dah bawak haluan masing.

      Its quiet shocking when my first attempt trying to check out my result via online , the web i opened to check my result stated that " Harap Maaf, maklumat permohonan anda tiada dalam sistem kami " . Yep. It sounds something like that . Me ? of course I'm startled . My hands shaking and trembling like leaves blown by the wind . I'm about to cry..er, actually i cried ! Cry till my my eyes get bloated . Hahaha

What scares me at that time is, of course my future and.. my mom's hope . I afraid..afraid to dissapoint her again (masa spm takdapat masuk uni, masuk matrik).

      Come to think about it all over again, my action is pretty funny and stupid at the same time ! Yela.. I'm laughing for my stupidity for not believing myself, my potential to get a place in IPTA . Even my practicum mate and roomates do not believe i dont get any place in IPTA, so they checked once again and.. i did get a place . It was act, the web was down at that time due to many ppl were on the line.

      Alhamdulillah I got University Sains Islam Malaysia (USIM) to pursuing my degree. And I'm majoring Bachelor of Syariah And Laws. This was my sixth or seventh option in my UPU list actually, but i dont mind . Alhamdulillah again as i still got the place here compare to people who were not really lucky they didnt get here when they really wanted to . My first choice ? it was UKM also in Laws . To be honest, i not really into syariah but i love Laws, thats why i chosed UKM, because there, they offer Civil Laws. hahaha. Sebab ape tak really into Syariah ? sebab.. takpandai bahasa Arab . Heheh . *Sounds stupid*

     Since Im not really good in Arabic, i guess i need to struggle to compete with Tahmidians ( budak asasi usim) who have more vocabs in Arabic . I need to perform well and im striving for it .

Err... so guys, sape sape yang baca entry ni, do pray for me eh. pray for my health and my study so that i could still stand bravely and confident in alam univesity :)


 .





Sunday, 28 June 2015

Kehidupan Matrikulasi .



 Assalamualaikum guys :)


            Rasanya dah lama aku tak update ‘sesuatu’ kat sini . Yelah.. kalau tengokkan last update dari aku *first post* tu bulan Januari, sekarang nak dah masuk bulan 7 !  .
         Mungkin disebabkan kesibukan aku sebagai pelajar matrik dan sekarang kerja sambilan pulak . Mungkin … tapi apa2 pun, syukur aku ucapkan kepada-NYA kerana akhirnya seorang Shafika telah berjaya menamatkan kehidupan matrik pada akhir bulan 4 lalu .  28 April 2015 pada jam 4.30 aku secara rasminya bukan lagi pelajar Kolej Matrikulasi Johor (JMC) . Alhamdulillah ‘Ala KulliHal :') 
Ramai yang berfikiran bahawa Matrikulasi adalah satu pilihan yang berani . Mungkin ramai juga yang berfikiran yang matrik ni ibarat satu pertaruhan . Pertaruhan terhadap diri sendiri . Sebelum menjejakkan kaki ke Matrikulasi, ayat yang aku biasa sangat dengar were like “ matrik susah weh.. kalau kau tak struggle betul2 , kompem kau kena tendang blabla !” and this “ matrik ni, kalau kau takdapat 3.5 above.. jawabnya dapat course lelong lah nanti masuk uni ni” . And yes.. perkataan ‘course lelong’ ni dah biasa sangat sangat sangat dah budak matrik dengar . Tak percaya ? Cuba pergi tanya ex-student matrik ! Hahaha .      

     Tapi, sebenarnya Matrikulasi taklah seteruk yang dikatakan atau yang difikirkan . Yes, aku mengaku dulu *sebelummasukmatrik* aku letak matrik ni as my last choice aku after Spm . Kira macam aku takpandang langsung matrik ni  . And aku tahu aku jahat untuk itu .  Ahaa… tapi sebenarnya takboleh nak letakkan kesalahan tu atas bahu aku je, sebab mungkin aku terpengaruh dengan surrounding aku.Okey, berbalik pada matrik tadi .. sebenarnya semuanya atas usaha masing, semua benda baru yang kita belajar mana ada senang , mesti ada susahnya walaupun sedikit . Dah nama pun belajar kan ? Semua nya kena usaha, lepastu doa yang paling penting, then barulah Tawakkal . Takkan nak tawakkal awal2 before berperang tak gitu ?        


    Apa yang aku cakap ni semuanya based on pengalaman aku sendiri di matrikulasi selama 1 year. Percayalah bila aku cakap, matrik boleh ubah hidup seseorang . Samada ke arah lebih baik, ataupun sebaliknya . Sebab apa aku cakap macam tu , sebab..benda ni happened depan mata aku. Aku tengok, aku faham dan aku menilai. Tak semua yang pernah ‘gagal’ akan terus gagal dan taksemua yang ‘success’ akan terus berada di atas . Believe me ! Kawan aku, classmate aku sendiri . Dia masa Spm dulu bukannya pandai sangat . Mungkin boleh dikatakan malas kot . Malah dia ni SECOND INTAKE kat matrik . Mungkin chemistry dia D atau E sebab tu ambilan kedua . Spm mungkin satu kegagalan untuk dia , tapi Wallahi aku tak tipu , he is one of the top scorer . Kitorang rujuk dia for chemistry dalam kelas . Fizik pun ! Dia pandai gila chemist . Kat matrik, dia takpernah tak dapat A for chemistry . Pointer takpayah cakap 3.8 above for first sem and 4 flat for final . See.. Matrik boloh ubah manusia , Cuma kita sendiri kena pilih arah yang mana kita nak . Aku ? Aku sendiri takpernah suka chemistry . Aku takpernah score A, B pun sakit nak dapat masa Spm dulu, tapi masa kat matrik.. I love Chemstry . Sangat !  Tapi pointer takboleh lawan si Mamat tu lah . He’s brilliant ! Cuma nasib tak menyebelahi dia waktu Spm .           

 Ehem.. Akhir sekali, nasihat aku to those yang mungkin berminat , tertanya tanya ataupun yang akan masuk matrik  *lepasanSPM* , jangan set in your mind matrik ni susah nak mati , set matrik susah je hahaha .  Apa yang penting usaha dulu ok. Matrik tak teruk, perangai kita, fikiran kita yang akan tentukan matrik tu macam mana . Dan, kena pandai urus masa kat sana. Takboleh nak main2. Everything in matrik, you must take it serious.  Remember, aku masuk matrik pun kerana terpaksa aku relakan . And now.. I’m free.                                                                 
        Sekian :)

Wednesday, 14 January 2015

Salam Ta'aruf

 
 
 
Assalamu Alaykum :)
                  “True friendship comes when the silence between two people is comfortable”


“The truth is, everyone is going to hurt you. You just got to find the ones worth suffering for”


“Friendship is born at that moment when one person says to another: “What!” You Too? I thought I was the only one.”



* Dan pabila persahatan itu mula terjalin, HARGAI lah.. Because friendship can lead us to Jannah :)