Bismillahirrahmaanirrahim .
le credit |
" Ujian tu bila kita mula rasa futur, lemah dan stress dengan apa yang kita sedang lalui "
" Dan masa tu, kita ada dua pilihan, rebah atau terus berjalan "
Semakin meningkat usia kita, semakin banyak benda dan situasi yang kita lalui, yang kita akan lalui . Itu adalah satu kepastian . Tapi mampu ke kita nak face semua situasi tu dengan tenang , cool dan tak gelabah ?
Soalan yang sering menghantui aku bila rasa takut tu hadir .
" Kalau satu hari nanti, aku ditimpa ujian yang maha hebat..ujian yang melibatkan perasaan dan pilihan hati , mampukah aku ? Mampu ke aku nak encounter semua tu ? "
7 september 2015.
3.45 petang . Lagi 15 minit kelas BI akan start, kelas pertama untuk minggu pertama tapi aku masih rancak berbual dengan Aina, a new friend from the same course. Getaran di tangan aku mengalihkan perhatian aku untuk melihat phone screen . A call from unknown number .
Number start with 03 . Aku tak pelik sebab tu biasanya number telefon rumah or pejabat . Tangan kanan aku terus swipe screen to the right .
" Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Nur shafika binti Abdullah Suhaimi ? "
" Waalaikummussalam. Aaa..ye saya . Kenapa ye? "
" Okey cik shafika, nak tanya sekarang ni kat mana ? Belajar kat mana ye "
" Err...saya sekang di Usim , cik. "
"course apa ye "
" undang-undang , kenapa ye cik ? "
" Oohh..macam ni, saya dari Fakulti Undang-Undang UKM, kalau kami nak offer couse yang sama untuk awak kat sini, awak nak tak ?"
" hah? ukm ? Law ? erm.. kalau saya mintak masa dulu boleh sbb ada class ni :( "
" okey . Baiklah.. tapi before pukul 5 eh . okey . "
" okey cik . terima kasih . Assalamualaikum. "
Talian di matikan .
Ya Allah.. masa tu rasa nak buat sujud syukur ya allah.. Alhamdulillah . Memang aku nak sangat Law ukm. Sebelum ni aku ada cerita kan .
Rasa gelabah happy eksaited bercampur baur .
'Nak call sape dulu ni ' - me asking myself
Keypad ditekan. Elia . Sister aku yang ex-ukm. After cerita hal offer tadi, of course kakak aku happy, sebab senang sikit dia nak visit aku di ukm . Memang sebelum ni dia nak sangat aku masuk Ukm .
" so how ? Yay or Nayy ? aku memang nak ukm . " - me
" terima je kakak *panggilan aku di rumah* offer tu , youre lucky you know . tapi jangan over eksaited dulu . try call ma dulu . "
" aaa..tulah . betul jugak . okey la . nanti aku call ma "
Ada lagi 2 minit untuk kelas BI dan aku tengah dilemma . Dilemma tapi still rushing naik second floor to tutorial class.
Tepat pukul 5 . Terasa vibration dalam beg . Bila aku tengok, number ukm tadi . Rasa fokus hilang . Kelas habis lambat 10 minit . Bila class over, aku terus keluar and call my mom.
Aku cerita secara ringkas, apa yang patut sahaja . Takde masa before Ukm call me again .
" Tapi kak, kan dah bayar yuran, tak sayang ke duit burnt macam tu je. Stay Usim je la. Senang. Lagipun yuran Ukm for sure lagi mahal, mana nak top up duit yuran tu . "
" Err... sayang nya ma, ukm tu. Orang memang minat ukm. Law pulak tu. Pastu nak cakap taknak la ni ? "
" Dahtu ? Belajar je la sini . Payah nak tukar tukar. "
" hurmm.. okey la . Takpela kalau macam tu . Orang nak balik kolej ni . Assalamualaikum. "
Sumpah sebak . Rasa panas mata aku . Jalan aku percepatkan . Aku pilih jalan kaki nak balik kolej , walaupun jauh tapi aku rasa better. Rasa malas nak berebut naik bus dalam keadaan tak 'stabil' macam ni . Sampai bilik aku terus rebahkan badan atas ketil . Bantal atas muka . Habit aku bila aku rasa sedih stress and takde mood .
Bila aku bukak mata aku, satu word je bermain dalam otak ni . Ujian. Adakah ni ujian allah untuk uji aku , uji kesabaran aku . Uji kekuatan aku .
Mungkin orang lain akan cakap,, " alaah..bukkan masalah besar pun, nak pergi ..pergi jelah "
Dengar macam mudah kan . Huh. Tak semudah tu. Aku bukannya datang dari keluarga yang senang . Biasa biasa je . Arwah Abah dah nak masuk 6 tahun takde . Kalau dia ada lagi, semua ni tak sesusah macam ni . Mungkin akan jadi lebih mudah . Mungkin.
Sebab tu aku kata ni Ujian . Allah uji aku dengan benda yang memang aku obsess kan. Ukm. Pilihan pertama aku . Ipta yang memang aku nak sangat dari dulu.
But sometimes, things arent going to be like we want it to be . Dengan sabar dan doa je yang mampu buat aku terus kuat dan bertahan kat usim .
" Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi daripada kemampuan hambanya "
Betul tu . Dan itu yang selalu aku ingat, selalu aku katakan pada diri aku bila aku rasa down . Bila aku dah tak mampu nak luahkan pada orang lain .
Moral nya, aku kena selalu bersyukur . Bersyukur sebab aku dapat apa yang aku nak, walaupun aku tak dapat nak teruskan . What highlighted there is, aku dapat benda tu ! .
2 comments:
In shaa Allah... Moga ada hikmah.... Lepaskan sesuatu yang kita suka memang tak mudah... - KTC
Amiin. thanks ya KTC :)
Post a Comment